Thursday, January 24, 2019

1.NAMA : NUR AIN NADHIRAH BINTI OMAR (02DBS18F1019)
2.UMMI MAISARAH BINTI ZULKARNAEN (02DBS18F1003)
3.MANIESYA BINTI ABDUL MURAD (02DBS18F1035)
4.SUCI MUS TIKAAYU BINTI M.SYARIF (02DBS18F1047) 

NAMA GURU: PUAN WAN RUSWANI

TAJUK :Konsep 'Al-Adalah (Keadilan) Dalam Islam Dan Kepentingannya Dalam Pengurusan Organisasi.


Pengenalan

          Objektif bagi penulisan ini adalah bertujuan untuk mengkaji prinsip Al-Adalah dalam pengurusan Islam. Ia bagi membuka minda manusia tentang kepentingan keadilan dalam pengurusan kehidupan seharian berlandaskan agama islam.

Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin, di dalam sistem pengurusan Islam mempunyai prinsip-prinsipnya yang tersendiri. Antara prinsipnya ialah Al-Adalah. Dalam kata mudah, Al-Adalah membawa maksud keadilan. Maksud Al-Adalah ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Menurut Al-Mawardi ia juga bermaksud bercakap benar, jelas kejujuran, menjauhi haram, memelihara diri dari melakukan dosa atau bersubahat dengannya.

Keadilan dalam islam merujuk kepada hak, iaitu pemberian hak kepada yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Menurut Al-Mawardi, keadilan ialah bercakap benar, jujur dan amanah, menjauhi perkara yang haram, menjauhi dosa dan syubhah, tenang dalam apa-apa jua keadaan sekalipun dan menjaga maruah.

Terdapat suatu dalil yang menerangkan tentang prinsip Al-Adalah.
       
Dalilnya berbunyi:

"sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat"-(Surah Al-Nahl:90).
 

       Artikel ini akan menyentuh pandangan cerdik pandai semasa tentang hubungan dan kesan sistem pengurusan kualiti menurut perspektif Islam sebagai alternatif model ketika berhadapan reality dan cabaran yang akan datang. Sistem pengurusan Islam adil yang secara semulajadinya lebih holistik perlu meletakkan prinsip asas sebagai panduan sempurna demi untuk memperbaiki sistem pengurusan kualiti yang wujud di Barat dan Timur. Prinsip asas ini seperti nilai Insaniyyah, cirri-ciri Ihsan berasaskan nilai Tauhid, pengurusan berasaskan syura, budaya Istiqamah (komited) dalam setiap tindakan. Kesemua prinsip ini jika tertanam dalam setiap praktis pengurusan organisasi tentunya akan mencetuskan kepuasan bekerja malah juga berhasil mencapai kejayaan hakiki (Al-Falah) dan diredhai Allah S.w.t.


Isi


       Islam merupakan agama yang mementingkan keadilan. Dalam konteks pengurusan organisasi, keadilan merupakan tunjang kepada segala bentuk amalan pengurusan yang dilaksanakan dengan melibatkan perkara-perkara yang berikut :


                    Keadilan perlu diamalkan dalam proses pengambilan pekerja agar pekerja yang dipilih menepati criteria dan kelayakan yang ditetapkan.

·         Keadilan juga perlu dilaksanakan dalam pembahagian tugas supaya tugas tersebut diserahkan kepada yang layak mengambilkira bakat, potensi dan kekuatan.

·         Keadilan harus dilaksanakan dalam menjatuhkan hukuman bukan berdasarkan kedudukan atau pilih kasih.

       

              Keadilan boleh dilaksanakan di dalam perkara seperti membuat sesuatu keputusan. Contohnya, sebelum membuat keputusan berkaitan dengan sesuatu perkara kita harus melihat dari pelbagai sudut sebelum membuat keputusan tersebut. Ini bagi mengelakkan sesuatu keputusan yang akan menyebabkan kita menyesalinya.

      

           Selain itu, prinsip tersebut juga diamalkan dalam pengucapan. Contohnya, keadilan dalam pengucapan bermaksud kita menyampaikan sesuatu perkara kepada golongan-golongan tertentu mengikut kemampuan penerimaan mereka.

       

           Seterusnya, keadilan terhadap Allah s.w.t dengan tidak mensyirik kepada Allah s.w.t iaitu dengan mengakui kewujudan tuhan lain selain Allah s.w.t. Dosa syirik adalah dosa yang paling besar dan tidak diampuni oleh Allah s.w.t.

      

            Di samping itu, timbangan dan ukuran. Sesuatu peniaga yang melibatkan imbangan atau ukuran hendaklah menjauhi daripada penyelewengan terhadap nilai timbangan dan ukuran. Masalah tersebut semakin berleluasa di Negara kita kerana inginkan keuntungan yang besar.

        

           Walau bagaimanapun, dalam pengurusan harta, khususnya dalam pemeliharaan harta anak yatim piatu, kita dilarang sama sekali daripada menggunakan harta mereka sehingga mereka meningkat dewasa.


         Islam juga mengajarkan bahawa semua orang mendapat perlakuan yang sama dan sedarjat dalam hukum. Dalam islam, tidak ada diskriminasi hokum kerana perbezaan warna kulit, status sosial, ekonomi atau politik. Berikut adalah beberapa contoh sikap adil dalam Al-Quran : 


1.      Adil terhadap diri sendiri.
    2Adil terhadap isteri dan anak.

3.      Adil dalam mendamaikan perselisihan.

4.      Adil dalam bertuturkata.

5.      Adil terhadap musuh sekalipun.


Bentuk-bentuk keadilan:


Keadilan terbahagi kepada beberapa bentuk yang perlu kita fahami, berikut adalah bentuk-bentuk keadilan:



1.      Keadilan Dalam Bentuk Bersamaan

Sesebuah organisasi hendak melaksanakan keadilan dalam bentuk bersamaan seperti mendapat bonus tahunan, hak bercuti dan sebagainya.



2.      Keadilan Dalam Bentuk Berbeza.

Apa yang dimaksudkan dengan keadilan dalam berbentuk berbeza ialah setiap semua berhaknuntuk diberi gaji oleh majikan mereka, tetapi terdapat perbezaan dalam jumlah gaji yang diberikan oleh majikan berdasarkan kelulusan yang diperolehi dan tanggungjawab yang diberi.



3.      Keadilan Dalam Bentuk Hak Istimewa

Hak istimewa yang diberikan kepada individu yang tertentu berdasarkan sumbangannya kepada organisasi.




Implikasi Tidak Mengamalkan Al-Adalah 
                       
Implikasi Terhadap Negara:
      Berlakunya ketidakadilan dalam pentadbiran Negara.
      Berlakunya pemberontakkan rakyat terhadap pemimpin-pemimpin atasan.
      Negara menjadi mundur.
      
    Implikasi terhadap masyarakat:
      Masyarakat berpecah belah kerana tiada keadilan dalam perpaduan.
      Melahirkan masyarakat yang tidak adil seperti mengambil riba dalam perniagaan.
      Masyarakat kehilangan kepercayaan kepada pemimpin.
      
    Implikasi Terhadap Individu:
      Kehidupan menjadi tidak aman.
     Tidak mendapat penghormatan orang lain.
     Mendapat kemurkaan Allah.
 
RUMUSAN

Natijahnya, Al-Adalah ertinya, keadilan dalam Islam merujuk kepada hak, iaitu pemberian hak kepada yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Adil itu sikap mulia dan sikap yang lurus tidak terpengaruh kerana faktor keluarga, hubungan kasih saying, kerabat  karib, dan sebagainya.


Berlaku adil dapat dikelompokkan menjadi menjadi 4 iaitu:


1.      Berlaku adil kepada ALLAH SWT.


2.      Berlaku adil pada diri sendiri.


3.      Berlaku adil kepada orang lain.


4.      Berlaku adil kepada makhluk lain. 


       Oleh itu, kita sebagai hamba haruslah menanamkan sifat adil pada diri agar tercipta yang selalu diharapkan. Selain itu, kita mesyilah selalu bersikap adil terhadap semua yang ada baik yang menciptakan dan maupun yang diciptakan.


LAMPIRAN




SISI MODERAT/KEADILAN DALAM AJARAN ISLAM


ARTIKEL TENTANG BERLAKU ADIL

          Adil sering diartikan sebagai sikap moderat, objektif terhadap orang lain dalam memberikan hokum, sering diartikan pula dengan persamaan dan keseimbangan dalam memberikan hak orang lain, tanpa ada yang dilebihkan atau dikurangi. 

Seperti yang dijelaskan Al-QURAN DALAM SURAH Ar Rahman/55:7-9
“Dan Allah telah meninggikan langit-langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan) supaya kamu jangan melampaui batas neraca itu. Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu”

Dalam Al-Quran, kata adil dan anak diulang sekitar 30 (tiga puluh) kali. Al-Quran mengungkapkannya sebagai salah satu dari asma’al husna Allah dan perintah kepada Rasulullah untuk berbuat adil dalam menyikapi semua umat yang muslim mahupun yang kafir. Begitu juga perintah untuk berbuat adil ditukan kepada kaum mukminin dalam segala urusan.

Sikap adil dalam syariah Islam dapat kita lihat dalam setiap sendi ajarannya,baik secara teoritis mahupun aplikatif, tarbawiy (pendidikan) mahupun tasyri’iy (peraturan). Islam sangat moderat dalam bidang akidah, pemahaman, ibadah, ritual, akhlak, adab, hukum dan peraturan.

1.Aqidah
          
       Dalam bidang akidah, Islam merupakan konsep moderat antara kaum khurafat yang mempercayai semua kekuatan sebagai tuhan dan kaum materealis yang tidak mempercayai kecuali yang tertangkap alat inderanya saja.

         Pandangannya tentang manusia adalah pandangan moderat antara mereka yang mempertuhankan manusia (menganggap boleh melakukan apa saja) dan mereka yang menganggap manusia sebagai wayang yang tidak berdaya apa-apa. Islam memandang manusia sebagai makhluk hamba Allah yang bertanggungjawab.

2. Ibadah

           Islam membuat keseimbangan ibadah bagi umatnya antara kebutuhan ukhrawiy dan kebutuhan duniawi. Pemeluk Islam yang baik bukanlah yang menghabiskan waktunya hanya untuk ibadah ritual tanpa memperhatikan bagian duniawinya, begitu juga bukan pemeluk yang baik jika hanya memperhatikan duniawi tanpa memberikan porsi ukhrawi.
Contoh jelas dalam hal ini adalah, hari jumaat, ada perintah untuk solat jumaat, larangan melakukan perdagangan pada waktu itu, tetapi kemudian disusuli perintah mencari rezeki selepas sudah solat jumaat.











RUJUKAN :






6.      Buku Keadilan Sosial Dalam Islam

7.https://islamagama7.blogspot.com/2014/08/prinsip-pengurusan-islam.html?m=1







No comments:

Post a Comment